Ini adalah kali pertama dalam tempoh 41 tahun WHO mengisytiharkan pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran.
WHO memutuskan untuk menaikkan tahap amaran tertinggi daripada fasa lima kepada enam selepas pakarnya mengadakan mesyuarat tergempar mengenai H1N1.
Sebanyak 74 negara dilanda H1N1 dengan mencatatkan keseluruhan 27,737 kes, termasuk 141 kematian sejak kes pertama dikesan di Mexico dua bulan lalu.
Beberapa langkah keselamatan telah diambil oleh kerajaan dengan serius bagi membendung daripada menularnya wabak ini.
Alhamdulillah, wabak ni masih lagi terkawal di malaysia, khususnya kampung halaman penulis di Terengganu. Apa yang penulis ingin berbicara pada entry kali ini bukanlah khusus kepada Virus H1N1, tetapi berkenaan dengan virus MG24J1. Mungkin tidak sesiapa pun dikalangan pembaca yang mengetahui apakah itu virus tersebut, kesannya dan cara ia merebak. Penulis amat yakin, jika pembaca sekalian cuba mencari dimana-mana halaman berkenaan virus ini, pasti tidak akan menemuinya.
Virus MG24J1 sebenarnya telah lama menular dalam masyarakat kita. Dan kesan nya semakin hari, makin membahayakan. Antara kesan wabak virus ini adalah;
1. Lemah Jiwa
2. Lemah Jantung
3. Lemah tubuh badan
4. Pengurusan diri terabai
5. Pelajar tidak dapat ke sekolah/kuliah
6. Susah tidur
7. Sentiasa mengantuk
8. Bangun lewat
9. Lemah akal fikiran
10. Kurang pengetahuan
11. Kurang produktiviti
Dan beberapa lagi yang penulis tidak dapat menyenaraikan disini. Mungkin pembaca boleh menambahnya kemudian. Antara kes-kes kritikal yang pernah penulis temui berkaitan virus ini ialah berkaitan dengan mangsa mengalami masalah jantung, mangsa tidak dapat meneruskan persekolahan, mangsa tidak dapat menghadiri kuliah dan mangsa hidup dalam keadaan tidak terurus.
Kebanyakkan mangsa adalah dari kalangan kanak-kanak seawal usia 6 tahun hinggalah dikalangan belia 20an. Mereka adalah terdiri daripada kanak-kanak tadika, budak sekolah, pelajar IPT dan golongan pekerja muda.
Virus yang diperkatakan ini sebenarnya adalah Virus Main Game 24 Jam seharian (MG24J1). Virus ini menyerang minda mangsa dengan menimbulkan rasa keinginan dan ketagihan untuk bermain game. Dan pasti banyak masa yang dikurniakan oleh Allah telah dihabiskan oleh mangsa dengan bermain game yang amat sedikit manfaatnya. Wang digunakan untuk menyewa komputer di cyber cafe, membayar bil elektrik, serta membeli CD/DVD game yang mencecah RM5-RM20(bagi cetak rompak, kalau ori lagi mahal). Ada juga yang sanggup membelanjakan sehingga beribu untuk memiliki komputer yang lebih berkuasa bagi menampung keperluan game.


sekadar hiasan
Alangkah rugi nya, masa yang amat berharga dihabiskan begitu sahaja. Alangkah ruginya, harta yang sepatutnya diinfakkan di jalan Allah, dibazirkan begitu sahaja.
Ingatlah Firman Allah S.W.T
“Demi masa, sesungguhnya semua orang benar-benar berada di dalam kerugia, kecuali orang-orang yang beriman, beramal salih, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran.” (QS. al-’Ashr : 1-3).
dan ingatlah Firman Allah S.W.T
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (QS. Al-Mumenoon: 1-2)
Masa di dunia yang sepatutnya digunakan untuk mengumpul bekalan ke destinasi seterusnya, akhirat.
“Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).” (QS. At-Takaathur; 5)
Sedar tidak sedar, ketika sibuk bermain game, malaikat pula sibuk menulis buku amalan.
“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).” (QS. Al-Insyiqaaq:6)
Pastinya sekecil-kecil amalan akan dikira juga.
“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)”! (QS. Az-Zalzalah: 6-8)
Bergunakah lagi menyesal di akhirat.
“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi)”;- (QS. Al-Haaqqah: 25-27)
Antara kesan yang paling parah, adalah merosotnya kualiti ibadah mangsa. Waktu solat di tangguhkan, jika solat pun belum tentu dapat solat dengan khusyuk. Yang lebih teruk ada yang terus meninggalkan solat.
Anak kecil telah didedahkan dengan pelbagai unsur-unsur kelucahan, keganasan dan tindakkan vandalisme. contohnya dalam game Grand Theft Auto (GTA), Bully dan lain-lain lagi.
Tidak bimbangkah kita dengan wabak ini? Wabak yang lebih bahaya daripada wabak H1N1. Jika wabak H1N1 boleh membawa maut, Wabak ini pula mampu membawa ke neraka. Wabak yang akan membebankan negara. Walau kita tidak menghidapinya, tetapi mungkin kita terkena tempiasnya jika tiada usaha kita membendungnya ibarat kapal, penumpang di bawah mengorek lubang, dengan kita sekali akan tengelam.
Warga muda adalah asset yang amat berharga kepada Agama dan Negara. Sayang sekali jika dirosakkan oleh virus ini. Setiap individu mahupun pemerintah perlu mengambil pendekatan yang serius dalam mengatasi wabak ini.
Langkah-langkah mengatasi;
1. Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah kepada Diri, Agama dan Negara.
2. Elakkan berjinak-jinak dengan game
3. Buangkan semua aplikasi game dalam komputer
4. Saling nasihat-menasihati
5. Ibubapa mengawasi aktivit anak-anak
6. Berusaha mengawal nafsu, tingkatkan taqwa kepada Allah
7. Rancang aktiviti harian
8. Isi masa mengingati Allah
9. Penguatkuasaan undang-undang pengawalan game
Dan apa-apa langkah yang difikirkan wajar. Marilah kita bersama-sama membendung penularan wabak ini.
Semoga Allah selamatkan umat Islam daripada virus ini.


No comments:
Post a Comment